Assalamulaikum dan Salam Sejahtera......Nama diberi Abdul Afiq bin Abdul Waras.Saya berusia 22 tahun dan dilahirkan pada tanggal 6 November 1993 bertempat di Hospital Tunku Ampuan Rahimah,Klang. Saya bersekolah rendah di Sekolah Rendah Seksyen 24 Shah Alam dan kemudiaannya berpindah dan meneruskan persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Tinggi Muar,Johor.Setelah mengakhiri peringkat sekolah menengah dengan keputusan Sijil Penilaian Sekolah Menengah yang agak memuaskan saya meneruskan pengajian saya ke peringkat Diploma. Saya mengambil Diploma Pengurusan Industri Sukan di Universiti Selangor. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik dan saya merupakan anak sulung, 3 lelaki dan seorang perempuan.
Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan yang bergelar ayah,ibu,abang,dan adik yang membentuk keluarga saya. Ayah dan ibu merupakan merupakan individu yang paling saya sayangi dan hormati dalam hidup saya. Walaupun kadang kala saya gagal menurut perintah mereka dan melakukan kesilapan,mereka tetap menyayangi saya dan menasihati saya serta sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk saya.
Selain itu,saya merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi. Saya yakin bahawa saya akan dapat melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas yang dilakukan sekiranya dilaksanakan dengan cara yang betul dan disertai dengan usaha yang gigih. Selain itu,doa turut menjadi faktor kejayaan seseorang. Justeru, setiap usaha yang diambil perlu disulami dengan doa dan iltizam yang tinggi.
Saya suka melakukan tugas-tugas saya secara sistematik. Oleh itu,saya akan menjalani aktiviti harian saya berpandukan jadual harian yang telah saya sediakan. Hal ini juga amat membantu saya menguruskan masa dengan bijak kerana saya sentiasa mengetahui apa yang perlu saya lakukan pada masa-masa tertentu. Justeru,saya dapat mengelakkan pembaziran masa. Tambahan pula,pengurusan masa yang baik amat penting kepada saya yang memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Akaun weebly saya ialah abdulafiq641.weebly.com.